Tahun Baru Cina dan Cuti-Cuti Malaysia Ke Pangkor
Written by joerzoe on February 21, 2010 – 5:48 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog usahawan muda internet.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina bagi masyarakat cina yang menyambut tahun baru.Pada tahun ini saya juga turut terasa tempias bercuti kerana supplier untuk produk-produk jualan saya adalah dari negara cina.Jadi tiada jualan sepanjang cuti tahun baru cina selama seminggu.
Sudah 6 bulan komited sebagai seorang internet marketer sepenuh masa.Sekejap rasanya masa berlalu,tapi macam-macam yang saya dapat,bukan sahaja dari sudut kebebasan kewangan bahkan bebas dari rutin harian pekerjaan biasa yang terikat dengan working hour 8pg – 5 ptg , kesesakan lalu lintas dan lain-lain lagi.
Oleh kerana tiada jualan selama seminggu, Jadi kesempatan cuti tahun baru cina ini,saya ambil untuk merehatkan badan dan otak yang penat memerah keringat dan idea selama 6 bulan lepas.Saya telah memilih untuk cuti-cuti Malaysia selama 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor bersama dengan kawan-kawan.
Tapi sebelum cuti , semua kerja tertunggak perlu di selesaikan.Order terakhir berjaya di sempurnakan dengan jayanya supaya percutian di pangkor dengan hati yang tenang.Ini untuk mengelakkan customer mengamuk sebab barang lambat sampai.:)
Percutian di Pangkor memang menyeronokkan.Mandi laut di laut yang biru , snorkling ditemani ikan-ikan laut yang jinak , cantik-cantik belaka dan tak lupa juadah ikan-ikan laut yang segar , memang sedap dan menyelerakan.Ini adalah kali kedua saya ke Pangkor, tapi tetap rasa seronok dan teruja.
Dalam seronok-seronok bercuti , datang juga beberapa idea untuk memajukan dan melipatkaligandakan keuntungan dalam perniagaan internet.So, lepas naik cuti ni memang saya akan sibuk dengan projek-projek baru.
Next trip adalah ke Cherating pada 1 Mei akan datang.Terima kasih kepada member2 yang sudi join trip ke pangkor kali ini.Harap-harap trip ke Cherating bulan 5 ni akan disertai ramai lagi supaya lebih meriah
.Jumpa lagi dalam pos akan datang.
Dari Kiri Berdiri : Hairul , Boy ,Panjang , Rooney , Wak , Ijul , Hani
Dari Kiri Duduk : Zorro , Alip , Rapi
Tags: borong cina, erzo, joerzoe, usahawan muda, usahawan muda internet
Posted in Motivasi, News, Peluang Duit Internet, Pengurusan Kewangan, Realiti | No Comments »

