Jom Buat Duit Dengan Internet.

Written by joerzoe on April 11, 2010 – 3:03 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog usahawan muda internet.

Perniagaan internet memang unik dan mempunyai tarikan yang tersendiri.Jadi tidak hairanlah setiap hari ada saja internet marketer baru yang menceburkan diri dalam bidang ini.Tahniah saya ucapkan.Sejak 2-3 bulan lepas , ramai rakan-rakan yang telah menghubungi saya sama ada melalui hp , ym , gtalk dan facebook bertanyakan tentang perniagaan internet.Ini adalah satu perkembangan yang positif dan membanggakan untuk rakyat Malaysia.

Secara peribadinya, saya memang tidak ada masalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan.Jadi jangan malu-malu untuk add saya di ym,Gtalk atau pun facebook.Tak payah bayar pun nak bertanya.Tapi mungkin akan datang saya akan buat Personal Coaching (PC).Tapi bile ?tunggu je pengumuman di blog ni.Sementara tu,rebut peluang ini.Good luck semua.

Tag :


Tags: , , , ,
Posted in News | No Comments »

Perniagaan Internet : Dulu VS Sekarang

Written by joerzoe on November 23, 2009 – 12:44 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog usahawan muda internet.

Tahun 2009 telah masuk ke bulan yang ke sebelas.Sekejap sahaja rasanya masa berlalu.Adakah anda telah melakukan sesuatu yang anda ingin kan pada azam awal tahun anda? tercapai atau tidak , hanya anda yang boleh menjawabnya.Jika di tanya pada saya, adakah saya telah mencapai apa yang saya ingin kan , jawab nya “Saya telah mencapai apa yang saya ingin kan ” :)

Perniagaan internet , adakah masih relevan dan bagaimanakah perkembangan perniagaan internet di Malaysia sekarang?

Perniagaan internet pada tahun 2006 iaitu pada tahun mula-mula saya menceburkan diri , di Malaysia hanya ada beberapa internet marketer yang dominan seperti Team saifulsham , Bitol , Zul Smartusaha  dan lain-lain.Tapi sekarang , internet marketer yang ada semakin ramai.Petanda positif rakyat malaysia semakin celik dengan potensi buat duit dengan internet.Buktinya banyak produk digital  , ebook , seminar pendedahan internet yang di adakan sekarang.Itu yang nampak, ada jugak internet marketer yang low profile.

Tetapi tidak kurangnya internet marketer yang dahulunya dominan kini telah down.Mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerjaya sebenar atau pun telah kecewa dengan perniagaan internet. :( .

Pendapat peribadi saya, peningkatan internet marketer di malaysia adalah satu yang bagus.Persaingan yang sihat antara yang terbaik.Walaubagaimanapun timbul masalah di mana produk- produk yang dihasilkan adalah kurang berkualiti tetapi terlebih “hype”.Plagiarism adalah satu masalah yang besar di kalangan internet marketer.Dengki mendengki juga telah menjatuhkan banyak internet marketer di Malaysia.

Jadi , jika anda ingin menceburi bidang perniagaan internet, perlu telus dan jujur.Bina reputasi anda yang baik kerana reputasi itu adalah lebih penting dan kunci kepada kejayaan anda di internet .

Tag :


Tags: , , , ,
Posted in Motivasi, News | No Comments »
RSS