Hati-hati Jualan Kereta Mewah dengan Harga Murah di Mudah.my
Written by joerzoe on October 25, 2010 – 4:15 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog usahawan muda internet.

Sekadar gambar hiasan.
Sape yang taknak beli kereta mewah? Kalau dah mampu mesti anda beli kan? Membeli kereta mewah adalah satu perkara yang di idamkan oleh semua orang.Kereta apa yang anda idamkan? anda jawab sendiri.
Perkara yang ingin saya kongsikan ada kaitan dengan kereta mewah.:)Beberapa bulan lepas ,saya terbaca satu iklan kereta Nissan Skyline di mudah.my yang di jual harga pada harga RM30K.Wah memang gile kentang murah harganya.So,apa lagi terus hantar email bertanyakan harga dan kondisi Nissan Skyline.so,ini adalah screen shot email yang saya terima daripada si penjual
email 1
Mamat penjual kenalkan diri dan tawarkan harga RM36500 all inclusive.
email 2
Prosedur untuk beli kereta.Mamat seller mintak bayaran 25% advance untuk shipment menggunakan Escrow service.Selebihnye selepas kereta sampai.
Email 3
Bila di ajak berjumpa mamat penjual bagi macam-macam alasan.Kereta tak perlu di bayar cukai sebab telah di daftarkan di Malaysia.
Terlalu banyak keraguan terhadap cara pembelian kereta mewah ini , jadi saya mengambil keputusan untuk mengabaikan.tapi tak sangka pulak lepas tu semakin banyak blogger dan forumer yang report scammer kereta di mudah.my menggunakan modus operanti yang sama.Jadi kesimpulannya jika anda ingin memiliki kereta mewah,pastikan anda beli dari orang yang betul.Jangan cepat cair dengan tawaran harga yang sangat tak masuk akal supaya anda tidak menyesal kemudian hari.Jadikan diri anda lebih bijak dari scammer.:)
Lain-lain link scam kereta di mudah.my
http://www.malaysiaminilover.com/forum/beware-bmw-mini-mudah-scam-ads-t768.html
Tags: kereta mewah, mudah.my, nissan skyline, perniagaan online, usahawan internet, usahawan muda internet
Posted in Motivasi, News, Realiti | No Comments »
Proton Inspira
Written by joerzoe on September 23, 2010 – 2:57 am -Menurut kata ENGINEER PROTON.. GT ni akan jadi PROTON INSPIRA. 99% Mitsu GT model. dan mitsu akan hentikan pengeluaran GT di Malaysia dan diambil alih oleh Proton. kalo ada yg masuk pun melalui AP. ada 2 model..1.8 (RM80k++) & 2.0 (RM95K++)Lepas ni ramailah yang akan convert proton kepada lancer GT memandangkan hanya 1% sahaja ubahsuai oleh proton.Tapi aku tetap setia dengan honda.
Tags: proton, proton inspira, usahawan, usahawan muda, usahawan muda internet
Posted in News | No Comments »



